Petani bakal nikmati manfaat daripada Tabung Pelaburan

ALOR SETAR, 10 Sept – Petani kemungkinan bakal menikmati manfaat daripada sebahagian keuntungan diperoleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) ataupun mana-mana pihak lain yang akan diberikan kontrak Permit Import (AP) beras selepas kontrak Bernas tamat pada Januari 2021.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kementeriannya bercadang memasukkan sebahagian keuntungan itu ke dalam tabung pelaburan petani, bagi kegunaan hal kebajikan golongan berkenaan termasuk nelayan.

“Sebahagian keuntungan ini dimasukkan ke dalam tabung pelaburan ini untuk diagihkan kembali kepada petani, mungkin satu tabung untuk kebajikan anak petani dan nelayan, gunakan balik daripada sebahagian keuntungan dalam tabung pelaburan ini nanti.

“Setelah 60 tahun negara ini merdeka, industri padi dan beras negara keuntungan ini tidak dapat dirasai petani peringkat bawah,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

Perasmian itu disempurnakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata kementeriannya mengalu-alukan mana-mana pihak lain yang berminat untuk mendapatkan kontrak AP itu, bagi menggantikan Bernas dengan menghantar cadangan mereka untuk penelitian pihak kementeriannya.

“Kementerian akan buat keputusan dan melihat pihak mana yang memenuhi kriteria ditetapkan dan boleh menjalankan tanggungjawab untuk aspek keselamatan makanan secara keseluruhannya, dalam tempoh enam bulan dari sekarang kita dah boleh tahu, namun setakat ini kita belum terima lagi cadangan tersebut,” katanya.

Katanya kementeriannya akan membuat penilaian sebaik mungkin, sama ada meneruskan kontrak Bernas atau memberikan kontrak itu kepada pihak lain yang lebih layak.

Salahuddin berkata ini kerana ia bukan sekadar aktiviti mengimport beras dan keuntungan semata-mata, sebaliknya ia melibatkan rantaian nilai keseluruhan keselamatan makanan negara selain kebajikan petani perlu diberikan perhatian.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago