Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia puji pembangunan Melaka

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia puji pembangunan Melaka

Puji pembangunan Melaka yang progresif menerusi kepimpinan negeri Melaka


AYER KEROH 14 Ogos – Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia memuji keberadaan Melaka ke arah negeri mampan dari pembanguan politik dan ekonomi.

Menurut wakil delegasi itu, Andrew Goledzinowski berkata, perkembangan ekonomi di negeri ini berkembang dengan begitu progresif menerusi kepimpinan negeri Melaka.

Malah beliau juga memuji Melaka sebagai negeri pengeluar hab berteknologi tinggi yang mampu mencorak ekonomi pada masa depan.

“Malah Melaka juga merupakan negeri pelancongan ini telah memberi persepsi positif kepada pelancong di luar negara dengan suasana negeri yang kondusif dan selesa.

“Ini adalah kali pertama saya dengan secara rasminya melakukan kunjung hormat di negeri ini bagi melawat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob malah saya pernah bersama isteri saya juga dengan agak kerap ke negeri ini sebagai pelancong biasa.

“Negeri Melaka dilihat sedang mencapai objektifnya dalam menarik lebih ramai pelancong datang ke sini malah perkembangan sosial, ekonomi dan politik di sini dilihat memberangsangkan,” katanya ketika di temui MelakaKini selepas melakukan kunjung hormat di Pejabat Mohd Khalil di Seri Negeri, di sini baru-baru ini.

Pada lawatan itu kira-kira satu jam itu pelbagai topik dibincangkan antara dua wakil kerajaan berkenaan bagi mempertingkatkan fahaman kedua delegasi dengan perkembangan ekonomi dan politik yang telah terjalin.

Lawatan itu juga, turut dihadiri isteri Andrew, Lyn Allan dan Kaunselor Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Nicola Campion.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS