PERZIM tawar pakej menarik  kepada pengunjung muzium

PERZIM tawar pakej menarik kepada pengunjung muzium

BANDAR HILIR 10 Jan. – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menawarkan pakej menarik buat pengunjungnya yang meminati muzium di negeri ini.

Pengurus Besarnya, Fadhilah Md. Saleh berkata, tawaran itu melibatkan lima muzium di negeri ini di mana pengunjung hanya perlu membayar RM5 sahaja.

Katanya, ia seperti tidak munasabah, tetapi harga tersebut perlu dibayar pengunjung yang datang ke lima muzium yang disenaraikan termasuk satu galeri di Kompleks Stadthuys.

“Muzium tersebut ialah Muzium Sejarah dan Etnografi, Muzium Pendidikan, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Tuan Yang Terutama dan Galeri Laksamana Cheng Ho.

“Terdapat dua kaunter tiket untuk memasuki Kompleks Stadthuys iaitu kaunter tiket Muzium Sejarah dan Etnografi (Stadthuys @ Bangunan Merah) dan kaunter tiket Muzium Tuan Yang Terutama,” katanya.

Katanya, inisiatif itu memberi peluang pada pengunjung meneroka khazanah yang terdapat di muzium-muzium di negeri ini.

CATEGORIES