PERUNTUKAN RM2 JUTA LATIH USAHAWAN ORANG ASLI

PERUNTUKAN RM2 JUTA LATIH USAHAWAN ORANG ASLI

Terus perkasa Komuniti Orang Asli ..

 

Kementerian di Jabatan Perdana Menteri memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi melatih dan membimbing masyarakat orang asli dalam kegiatan keusahawanan.

Menteri Perpaduan Negara Dan Kesejahteraan Sosial, Senator Waytha Moorthy A/L Ponnusamy berkata, pelbagai inisiatif sedang dilakukan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat orang asli menceburi bidang itu, memandangkan produk yang dihasilkan juga dilihat bermutu tinggi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA) Tahun 2019, di Datran Pahlawan , Banda Hilir.

Hadir sama, Ketua Menteri, Adly Zahari dan kenamaan lain.

Sementara itu, Adly berkata kebajikan Orang asli turut menjadi fokus utama bagi meningkatkan taraf orang asli termasuk mempertimbangkan keperluan rumah peduli bagi golongan itu.

Sehingga kini terdapat 94 koperasi Orang Asli didaftarkan di bawah SKM dengan keahlian lebih 14,000.

Daripada jumlah itu, Pahang mencatatkan bilangan koperasi tertinggi iaitu 48, Perak (25) dan Johor lapan koperasi.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES