PERTINGKAT MUTU DAN KUALITI HIDUP ORANG ASLI

PERTINGKAT MUTU DAN KUALITI HIDUP ORANG ASLI

Inisiatif ini sekaligus dapat mengubah struktur sosio dan ekonomi orang asli.

Kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan kepada penambahbaikan kualiti taraf hidup orang asli di negeri ini terutama melibatkan aspek kebajikan dan pendidikan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, keunikan kumpulan ini merupakan aset terpenting yang harus dipelihara termasuk dalam industri pelancongan.

Justeru itu, beberapa penambahbaikan infrastruktur akan dilakukan selain berusaha meningkatkan mutu pendidikan mereka.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Orang Asli Negeri Melaka 2019 di Machap Baru, Alor Gajah.

Hadir sama Exco Wanita, Hal Ehwal Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Prof. Dr Juli Edo.

Ujar Adly, kerajaan negeri sudah mewartakan dua perkampungan orang asli iaitu Bukit Seraya dan Lubuk Bandung dan kini dalam proses untuk mewartakan sembilan lagi perkampungan orang asli.

Dalam pada itu, katanya, masyarakat orang asli juga tidak tertinggal sebagai penerima biasiswa kecil Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM).

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES