Categories: MELAKA

Pertanian Melaka lancar kempen kitar semula bekas racun makhluk perosak

LEREH 17 Okt. – Satu kempen kitar semula bekas racun makhluk perosak dan bilas tiga kali bekas racun makhluk perosak telah dilancarkan Jabatan Pertanian Negeri bertempat di Kampung Pinang, di sini semalam.

Kempen ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan petani mengambil berat tentang kaedah pembuangan sisa pepejal yang bersih dan teratur dalam usaha untuk menjaga kualiti alam sekitar di negara ini.

Difahamkan, Kampung Pinang telah dipilih sebagai kawasan pertama menerima pusat pengumpulan bekas racun perosak di daerah Melaka Tengah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck.

Berucap di majlis tersebut, Gue Teck menyeru penduduk Kampung Pinang dan petani khususnya agar memanfaatkan pusat pengumpulan bekas racun perosak ini secara berhemah bagi menjaga kelestarian alam.

“Kemerosotan kualiti alam sekitar adalah disebabkan oleh beberapa faktor, salah satu peyumbang pencemaran adalah dari sektor pertanian. Sedikit sebanyak, ini memberi gambaran bahawa ramai rakyat malaysia masih kurang mengambil berat tentang kaedah pembuangan sisa pepejal yang bersih dan teratur.

“Oleh sebab itu, saya ingin menyeru para petani khususnya di DUN Klebang agar memaksimumkan penggunaan pusat pengumpulan bekas racun makhluk perosak yang telah disediakan oleh Jabatan Pertanian ini.

“Saya juga berharap pusat pengumpulan bekas racun makhluk perosak ini dapat disediakan di kampung-kampung lain yang terlibat dengan sektor pertanian terutamanya di DUN Klebang,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Hadir sama Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Mohd Rasydan Bin Mohd Yusop, Pegawai Pertanian Daerah Melaka Tengah, Lee Bee Leng dan Pengerusi MPKK Kampung Pinang, Othman Brahim.

Di kesempatan sama, Gue Teck turut mengingatkan petani agar tidak lagi menggunakan racun Paraquat yang bakal diharamkan menjelang tahun 2020 nanti memandangkan racun rumpai ini didapati menyebabkan keselamatan makanan terancam malah turut membahayakan kesihatan masyarakat dan merosakkan alam sekitar.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago