Categories: MELAKASurat Pembaca

PERTAHANKAN MANDAT RAKYAT

Kenyataan Pemuda AMANAH Nasional

24 Februari 2020

Pemuda AMANAH Nasional mengikuti perkembangan politik tanah air dan mutakhir ini menyaksikan suasana cemas kalangan rakyat yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Harapan pada PRU 14 yang lalu.

Tindakan Datuk Seri Azmin Ali yang mengumpulkan ahli pembangkang daripada UMNO dan PAS bagi meraih sokongan membentuk kerajaan pintu belakang adalah pengkhianatan jelas terhadap mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Azmin juga terang-terangan mensabotaj Pakatan Harapan yang baru sahaja beberapa hari mengadakan mesyuarat dan mencapai kesepakatan menyerahkan keputusan peralihan ini kepada Tun Dr Mahathir, namun beliau dengan penuh tidak bertanggungjawab telah menyusun untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS.

Azmin perlu menghormati mandat rakyat pada PRU-14. Rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan membentuk kerajaan dan membawa Malaysia yang lebih baik. Sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, beliau seharusnya sedar bahawa tanggungjawab yang digalas itu penting demi pembaikan negara.

Kerajaan pintu belakang yang cuba dibentuk oleh Azmin, UMNO dan PAS ini juga gagal kerana PAS tidak diterima masyarakat Sabah dan Sarawak. Tanpa Warisan dan GPS, perancangan kerajaan pintu belakang ini telah menemui jalan buntu. Lantas kami, Pemuda AMANAH akan berpegang teguh dan setia mempertahankan mandat rakyat ini.

“Rejuvenasi Malaysia Baharu”

Shazni Munir Mohd Ithnin
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional


Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian MelakaKini

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago