Pertahankan kuota Bumiputera – Shahrin

Pertahankan kuota Bumiputera – Shahrin

Siapa kata kerajaan tidak membela nasib pelajar bumiputera?

DURIAN TUNGGAL 23 Mei РUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyokong kenyataan Menteri  Pendidikan, Dr. Maszlee Malik terhadap keputusan mengekalkan kuota 90 peratus kemasukan bumiputera ke matrikulasi.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, pihaknya menghargai usaha kerajaan membuat keputusan meningkatkan bilangan pengambilan pelajar ke matrikulasi kepada 40,000 tempat pada tahun ini berbanding 25,000 sebelumnya.

“Usaha ini selari dengan perkembangan semasa dan aspirasi nasional bagi memastikan rakyat negara kita menikmati kemakmuran dan kekayaan ekonomi. Di samping meningkatkan pertumbuhan positif sosio budaya dan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Keputusan itu kata Shahrin, sejajar dengan matlamat asal program matrikulasi ketika diperkenalkan bagi membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti.

Program matrikulasi itu ujarjnya, diperkenalkan khusus untuk pelajar bumiputera rentetan masalah
ketidakseimbangan kaum di universiti.

“Justeru itu, jemaah menteri di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad meluluskan pada Jun 2002 untuk memperuntukkan 10 peratus kuota bagi pelajar bukan bumiputera mulai sesi kemasukan 2003.

“UTeM dan rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) turut menerima impak langsung menerima pelajar lepasan matrikukasi terutama matrikulasi teknikal dari seluruh negara,” katanya.

Ekosistem itu jelas Shahrin, menyokong dasar kerajaan ke arah memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi menerusi UTeM dan MTUN.

CATEGORIES
TAGS