Categories: MELAKA

Persatuan penduduk gagal serah laporan perbelanjaan geran boleh dibubar sementara – ROS

AYER KEROH, 28 Ogos – Persatuan penduduk berdaftar di Melaka yang gagal menyerahkan laporan penuh perbelanjaan geran yang diterima sebelum ini kepada Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) boleh dikenakan perintah pembubaran sementara.

Pengarah ROS Melaka Nurhafidah Ali berkata rekod jabatan menunjukkan 75 persatuan penduduk yang menerima geran pada 2017 dan sembilan penerima geran pada tahun lepas masih gagal menyerahkan laporan penuh perbelanjaan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, perintah pembubaran sementara itu hanya akan dilaksanakan jika persatuan penduduk yang berkenaan masih gagal untuk memberikan maklumbalas terhadap notis-notis peringatan yang akan dikeluarkan oleh jabatan terlebih dahulu.

“Menghantar laporan penuh perbelanjaan berkenaan akan turut melayakkan 84 persatuan penduduk tersebut untuk memohon peruntukan Geran Komuniti (G-Kom) 2019 yang dibuka hingga 30 September ini,” katanya pada sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini semalam.

Beliau berkata Melaka adalah negeri kedua tertinggi di Malaysia yang meluluskan pemberian geran komuniti pada 2017 melibatkan 165 persatuan penduduk dengan peruntukan RM1.6 juta.

Nurhafidah berkata jabatan perlu melaksanakan langkah terakhir iaitu mengeluarkan notis pembubaran muktamad terhadap mana-mana persatuan penduduk yang masih tidak mengambil sebarang langkah pemebetulan selepas menerima notis pembubaran sementara.

Beliau berkata antara faktor persatuan penduduk gagal untuk menyerahkan laporan perbelanjaan geran sebelum ini adalah hubungan kurang baik di antara ahli jawatankuasa lama persatuan penduduk dengan ahli jawatankuasa yang baru dipilih.

“Ada ahli jawatankuasa persatuan penduduk yang lama enggan menyerahkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh ahli jawatankuasa baru untuk menyediakan laporan penuh perbelanjaan geran disebabkan masing-masing daripada kumpulan yang berbeza,” katanya.

Nurhafidah berkata setakat Ogos tahun ini, Melaka mempunyai 349 persatuan penduduk yang berdaftar dengan ROS.

Beliau berkata surat pelawaan untuk memohon G-Kom 2019 telah dikeluarkan kepada semua persatuan penduduk yang berdaftar tersebut.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago