PERPUSTAM anjur WORLD#QuranHour 30 Mei

PERPUSTAM anjur WORLD#QuranHour 30 Mei

Daripada bercakap yang bukan-bukan di bulan puasa ni, lebih baik joinWORLD#QuranHour. Banyak ganjarannya

BUKIT BARU 23 Mei – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) akan menyertai masyarakat Islam seluruh negara untuk mengadakan program WORLD#QuranHour di Masjid Al-Muttaqin, Krubong pada 30 Mei ini.

Pengarah PERPUSTAM, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris berkata, program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Masjid Al-Muttaqin (Masjid Cina), Krubong itu akan berjalan serentak di seluruh negara selama sejam bermula 12 tengah hari.

“Dengan tema “Solusi Cabaran Sejagat” iaitu kempen membentuk landasan solidariti ummah seluruh dunia di bawah naungan al-Quran dengan mengambil semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan.

“Ia sebagai sokongan daripada perpustakaan awam negeri bersama kerajaan meningkatkan usaha
mendekatkan al-Quran dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohamed Aizammuddy berkata, program kali keempat itu merupakan langkah membentuk perilaku masyarakat agar amalan membaca al-Quran diterapkan dan membentuk akhlak mulia.

Beliau mensasarkan penglibatan lebih ramai penjawat awam, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah seluruh Melaka dalam program berkenaan.

Selain itu, katanya, semua rangkaian PERPUSTAM dan perpustakaan desa akan turut menjayakan program tersebut bersama komuniti setempat.

“Pelaksanaan program ini akan dapat mendekatkan al-Quran dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan perpustakaan awam seluruh negara relevan dalam masyarakat,” katanya.

CATEGORIES
TAGS