Perpustakaan Jasin laksana Projek Fertigasi Cili

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

JASIN 16 Jan – Dalam usaha melestarikan amalan pembudayaan hijau di peringkat jabatan kerajaan, Perpustakaan Awam Cawangan Jasin tidak ketinggalan menyahut seruan itu dengan mengadakan Projek Mini Fertigasi Tanaman Cili di perpustakaan tersebut.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Zon Jasin Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Zarina Abd. Rahman berkata, projek fertigasi itu dimulakan sejak hujung bulan lalu.

Menurut Zarina, pihak perpustakaan mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian daerah Jasin yang memberikan sumbangan peralatan tanaman seperti pasu, tangki air, bekas tanaman, baja dan biji benih cili.

“Selepas tiga minggu menyemai benih cili di dalam bekas tapak semaian plastik, semua anak cili yang mula membesar ini dimasukkan ke dalam pasu plastik yang mengandungi sabut kelapa sebelum dipindahkan ke tapak semaian yang terletak bersebelahan Dewan Perpustakaan Awam Cawangan Jasin,” katanya.

Zarina berkata, bagi memastikan amalan hijau tanaman itu berkesan, taklimat dan khidmat nasihat mengenai teknik penanaman secara fertigasi disampaikan kepada kakitangan perpustakaan oleh Penolong Pegawai Jabatan Pertanian daerah Jasin, Othman Omar.

Katanya, beberapa kakitangan Jabatan Pertanian daerah Jasin turut membuat tinjauan ke lokasi untuk melihat kawasan yang sesuai bagi tanaman fertigasi cili tersebut.

“Hasil daripada kerjasama dan bantuan Jabatan Pertanian daerah Jasin serta kakitangan perpustakaan, sebanyak 100 pasu fertigasi cili berjaya dilaksanakan.

“Kami berharap dengan amalan hijau yang dilaksanakan ini, akan dapat mewujudkan kelestarian alam sekitar dan persekitaran perpustakaan yang lebih kondusif bukan sahaja kepada kakitangan perpustakaan, malah kepada pengunjung perpustakaan,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

7 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago