Kualiti SRA JAIM ditambahbaik

Kualiti SRA JAIM ditambahbaik

Segala keputusan ada sebabnya. Tapi jangan risau, kerajaan negeri sentiasa titik beratkan hal pendidikan Islam ni. So, umat Islam di luar sana sokong la ya..

KRUBONG 22 Mei – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan melihat permintaan masyarakat terdahulu terhadap institusi Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM sebelum membuat keputusan menambah atau membesarkan bangunan sedia ada.

Md. Azhan Samat

Pengarahnya, Md. Azhan Samat berkata, ketika ini tumpuan akan diberikan terhadap menambah baik kualiti perkhidmatan pendidikan pelajar dan tiada rancangan untuk membuka sekolah baharu.

Katanya, walaupun menyedari bilangan permintaan yang meningkat berdasarkan permohonan yang ditolak, namun permintaan terhadap masyarakat setempat tetap diambil sebelum keputusan mengenainya dibuat.

“Saya tidak menafikan terdapat kes dimana kita terpaksa menolak permohonan pelajar akibat bilangan yang berlebihan, namun cadangan membuka sekolah baharu akan dilihat secara terperinci.

“Terutamanya melibatkan permintaan penduduk, lagi pun permohonan yang ditolak tidak ramai mungkin antara satu atau dua permohonan sahaja.

“Jika berlebihan, kita akan lihat alternatif untuk membesar bangunan sedia ada atau mencari bangunan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Khatam Quran Perdana SRA JAIM di Masjid Cina, di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar.

Mengulas lanjut, JAIM juga akan memastikan standard kuota satu guru kepada 10 pelajar dipatuhi.

Menurut Md. Afzan, walaupun masih terdapat beberapa sekolah yang terpaksa melanggarnya, namun ia masih berada dalam kawalan.

“Kali ini kita mengejar kualiti dan bukan kuantiti, pengisiannya kita akan perbaiki termasuk standard kuota guru.

“Masih ada yang melebihinya, tetapi ia masih dalam kawalan dan tidak terlalu melebihi batas dan ia bergantung kepada keperluan,” katanya.

Sementara itu, seramai 800 pelajar dari SRA JAIM seluruh Melaka mengkhatamkan al-Quran beramai-ramai di masjid berkenaan.

CATEGORIES
TAGS