Categories: MELAKA

Permohonan 5,000 lesen sampan dipertimbangkan

BANDARAYA MELAKA 12 Ogos – Jabatan Perikanan akan pertimbang kesemua 5,000 permohonan untuk mendapatkan lesen sampan dari para nelayan pesisiran pantai.

Ianya bagi mengimbangi pertambahan jumlah nelayan seluruh negara dan sumber perikanan di perairan negara yang semakin menurun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, kesemua permohonan itu masih lagi dalam peringkat semakan dan tapisan dan akan memberikan lesen kepada pemohon berdasarkan sumber perikanan negara.

Katanya, walaupun sumber perikanan negara masih ada, namun ia diganggu oleh faktor cuaca dan pembangunan tidak terkawal hingga menyebabkan ia makin berkurang.

“Pengeluaran lesen baharu ini mengikut dasar Jabatan Perikanan dan kita hadkan pengeluarannya berdasarkan kepada sumber perikanan negara.

“Ini kerana sumber kita menurun lebih kurang lima peratus berbanding zaman 70an.

“Sebab itu, kita bekukan pengeluaran lesen zon A, Zon B dan Zon C kecuali Zon C2 iaitu laut dalam,” katanya pada sesi dialog bersama Nelayan Melaka Tengah di Pulau Melaka di sini, Rabu lalu.

Munir berkata, pihaknya turut mengadakan pemantauan berkala bagi memastikan semua nelayan memegang lesen yang diberikan, aktif dalam kerja menangkap ikan.

Katanya, antara syarat kelulusan permohonan lesen sampah memerlukan nelayan turun ke laut sekurang-kurangnya 120 hari setahun.

“Kita sentiasa melakukan pemutihan bagi memastikan hanya nelayan yang aktif, layak menerima elaun sara hidup RM200 hingga RM300 sebulan dan subsidi diesel.

“Setiap tahun sekurang-kurangnya satu hingga dua peratus nelayan dilucutkan hak pemegang lesen kerana gagal mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Untuk rekod sehingga kini, dianggarkan 130,000 nelayan pesisiran pantai punyai lesen sampan dan berdaftar dengan jabatan berkenaan.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago