Categories: EvergreenMELAKA

Permainan orang Melaka dulu-dulu…

ZAMAN kanak-kanak suatu ketika dulu pastinya lebih menyeronokkan berbanding sekarang. Ini kerana generasi sebelum era 90-an dibesarkan dengan pelbagai permainan tradisi berbanding hari ini yang lebih cenderung kepada permainan video serta teknologi. Jom imbas, apakah antara permainan yang pernah menjadi kebanggaan kita dahulu khususnya di Melaka.

1.CAPTEH

Entah bila permainan ini wujud atau dicipta. Yang pasti permainannya sangat digemari oleh budak lelaki.

Menggunakan bulu ayam diiat di sekeping kertas tebal atau sekeping getah berukuran dua inci, permainan ini turut dikenali sebagai sepak bulu ayam atau sepak yem.

Cara nak mainnya pula seperti sepak raga. Setiap pemain perlu menimbang bulu ayam dengan kaki dan timbangan terbanyak tanpa jatuh ke tanah dikira sebagai pemenang.

Mungkin ramai tak tahu, sebenarnya capteh ni juga popular di luar negara seperti Kemboja, Belanda dan Indonesia.

2.GASING

Kalau tak tau apa itu gasing… sahlah korang bukan orang Melaka. Sebab apa? sebab sampai hari ni pun gasing masih popular di negeri ini.

Bukan saja mudah didapati di mana-mana tetapi masih ramai pembuat gasing di sini.

Terdapat banyak jenis gasing antaranya gasing piring, gasing telur, gasing berembang dan lain-lain.

Ada dua kaedah permainan gasing. Pertama gasing pangkah dan kedua, gasing uri. Pemain perlu lemparkan untuk memangkah gasing lawan.

Manakala gasing uri, ia dipertandingkan untuk menguji ketahanan gasing tersebut.

3.DAM

Permainan ni rasanya bukan saja popular dalam kalangan kanak-kanak, tapi juga orang dewasa.

Sehingga kini pun, masih ada pakcik-pakcik dan abang-abang yang lepak di warung kopi sambil bermain dam.

Apapun, dulu-dulu kalau tak main dam memang tak sah. Yang bestnya, ia sangat mudah dimainkan, yang penting mesti ada pasangan.

Cuma kena berfikir macam mana dan apa strategi nak kalahkan lawan. Siapa dapat buah paling banyak, dialah pemenang.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago