Perluas pendapatan komuniti pendidikan khas

Perluas pendapatan komuniti pendidikan khas

Timba pengalaman ilmu keusahawanan sosial & digital

AYER KEROH 13 Ogos – Seramai 30 guru Pendidikan Khas menjayakan Social Enterprise for Special Education Community (SE@SEC) di Kampus Teknologi UTeM, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Pembangunan Perusahaan dan Teknousahawanan (CREATE) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) itu diadakan selama dua hari.

Pengarah Program, Prof Dr. Faaizah Shahbodin berkata, ia bagi menimba pengalaman serta ilmu keusahawanan sosial dan pemasaran secara digital dalam bidang tersebut.

“Seramai 10 pelajar UTeM turut sertai program ini bagi menjadi usahawan dalam kalangan komuniti berpendidikan khas.

“Ia juga bantu meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti pendidikan khas, menambah bilangan mahasiswa mengenai bidang usahawan semasa dan banyak lagi,” katanya.

Ujarnya, selain menerapkan nilai dan kemahiran usahawan, ia dapat melatih mahasiswa sebagai agen keusahawanan.

“Ini menggalakkan mahasiswa memindahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka kepada komuniti berpendidikan khas.

“Ia juga nilai tambah kepada komuniti pendidikan khas menghasilkan pendapatan selain meluaskan pasaran perniagaan secara digital menggunakan teknologi ICT,” katanya.

Hadir sama, barisan penyelidik UTeM iaitu Dr. Che Ku Nuraini Che Ku Mohd, Dr. Nurulizwa Abdul Rashid, Dr. Zanariah Jano dan Dr. Samer Ali Hussein Al-Shami.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES