Perlu perluaskan hebahan operasi bazar – Pengunjung

Perlu perluaskan hebahan operasi bazar – Pengunjung

Perlu giat lebih usaha untuk promosi Bazar Melaka...

AYER KEROH 13 Sept. – Operasi pembukaan Bazar Melaka Kota Tun Fatimah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) perlu diperluaskan promosi dan hebahan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan terbabit.

Menurut seorang pelancong, Nur Adilah Zainudin, 22, berkata dia tidak mengetahui keberadaan lokasi bazar yang beroperasi itu disebabkan lokasinya terletak di tengah-tengah Kota Tun Fatimah.

Adilah yang berasal dari Johor itu berkata, disebabkan tarikan kelipan lampu yang menarik sejurus lalu di kawasan MiTC membuatkan dia bersama rakannya datang ke bazar tersebut.

ADILAH

“Kami lalu di sini kemudiannya tertarik dengan lampu dan apabila datang di sini baru kami tahu ia adalah bazar yang beroperasi menawarkan pelbagai barangan di sini.

“Ini pertama kali saya datang ke MiTC dan tidak menyangka terdapat pelbagai lokasi pelancongan menarik di sini selain lokasi pelancongan tertumpu seperti di Banda Hilir.

“Dan apabila difahamkan rata-rata peniaga di bazar ini majoritinya adalah wanita dan ini merupakan insiatif terbaik dalam membangunkan industri keusahawanan dalam kalangan wanita di Malaysia ini.

“Jadi, sebagai wanita perlulah ambil peluang ini kerana peluang ini bukannya sering kali datang kepada kita dan ini merupakan perkara terbaik dalam industri perniagaan kecil-kecilan seperti ini,” katanya ketika ditemui MelakaKini.

Dalam pada itu, menurut seorang pelancong dari Perak, Norfatihah Eshamy Mohd Eisham berkata, promosi habis-habisan dalam mewarwarkan operasi bazar berkenaan perlu dilaksanakan berterusan bagi meningkatkan lebih ramai pelancong domestik datang ke kawasan tersebut.

Ujarnya, perkara ini perlu disokong oleh seluruh masyarakat terutama anak jati negeri ini malah perlaksanaan seperti pengiklanan strategik perlu dilaksanakan penganjur dalam mendukung usaha berkenaan.

NORFATIHAH

“Pelbagai medium boleh digunakan dalam memberitahu masyarakat untuk ke bazar ini malah pada masa akan datang juga perlu ada beberapa perancangan lain termasuk menarik lebih banyak gerai makanan dan minuman viral untuk beroperasi di bazar ini,” katanya.

Pada masa sama, MelakaKini sempat menemukan seorang anak jati Melaka yang menetap di Jasin iaitu Mohd Hazrin Janny,33,berkata operasi bazar itu perlu diperluaskan secara berperingkat.

Ujarnya, dia mengetahui operasi bazar itu setelah dimaklumkan oleh rakannya melalui hebahan media sosial.

“Saya dapat tahu bazar ini beroperasi dar rakan saya sendiri dan terus datang ke sini bagi bersama menyokong usahawan wanita di kawasan ini.

“Apa yang dilihatkan kawasan ini lebih baik dan selamat buat mereka kerana keadaan yang kondusif disebabkan terlindung dari matahari dan hujan.

“Malah ianya lebih menarik berbanding bazar yang lain di Melaka dan harap perkara ini mesti diteruskan dan memerlukan sokongan orang ramai terutama anak Melaka sendiri,”katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES