Categories: Ketua MenteriMELAKA

Perkhidmatan bas percuma Melaka dilanjutkan ke hujung Disember 2020

BUKIT KATIL 13 Feb. – Kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan Bas Percuma Melaka Berwibawa sehingga penghujung Disember 2020.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, walaupun sebelum ini perkhidmatan bas percuma ditetapkan sehingga Ogos 2019, namun pihaknya telah menambah sejumlah peruntukan bagi membolehkan rakyat menerima manfaat sehingga akhir tahun ini.

Selain itu, jelasnya, laluan baharu bagi perkhidmatan itu juga sudah dibuka membabitkan laluan dari Melaka Sentral hingga ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka untuk memudahkan urusan rakyat.

“Kita telah melanjutkan tempoh bas percuma ini bermula Ogos 2019 hingga Disember 2020 (setahun lima bulan) dan untuk itu kita juga menyediakan peruntukan RM1.8 juta berbanding RM1.4 juta yang disediakan sebelum ini.

“Bilangan bas yang kita peruntukan masih sama, cuma kita telah membuka laluan baharu iaitu dari Melaka Sentral-UTC-Melaka Sentral . Kita telah memulakan perkhidmatan ini sejak Januari lalu,” katanya dalam sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di SK Bukit Baru, di sini, semalam.

Ujar Adly, sehingga Januari 2020, seramai 157,212 penumpang telah menggunakan perkhidmatan bas percuma, selain turut merekodkan pola peningkatan dari bulan ke bulan yang memberi indikasi positif daripada inisiatif disediakan kerajaan negeri.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Tags: adlyutama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago