PERKESO tubuh portal buat majikan cari tenaga mahir dalam masa terdekat

PERKESO tubuh portal buat majikan cari tenaga mahir dalam masa terdekat

Penting ni..

AYER KEROH 8 Nov. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan melancarkan portal pencarian tenaga kerja mahir kepada para majikan dalam masa terdekat.

Menurut Pengarah PERKESO Melaka, Fadhilah Hamil, portal itu akan menjadi medium kepada majikan mengambil tenaga kerja mahir yang kehilangan pekerjaan untuk mengisi kekosongan jawatan menerusi Akta Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

“PERKESO sentiasa bekerjasama sentiasa dengan majikan untuk memastikan kejayaan program ini, dalam masa sama portal untuk pekerjan SIP tidak lama lagi.

“Portal itu akan memainkan fungsi memudahkan majikan mendapatkan pekerja yang berpengalaman.

“Majikan pula perlu mendaftar di portal, mereka boleh mendapatkan individu berkemahiran tinggi dalam beberapa sektor antaranya perhotelan dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sedang giat kami adakan kerjasama,” katanya semasa ditemubual pada program MKTalk di Rumah Media Melaka di sini semalam.

Akta yang turut dikenali sebagai Akta 800 itu katanya, merupakan undang-undang yang melindungi individu yang kehilangan kerja berteraskan dua konsep utama iaitu insuran pekerjaan dan dasar buruk aktif pekerjaan.

Mereka yang kehilangan kerja membabitkan syarikat yang mengecilkan operasi, penutupan terus operasi, ditawarkan Skim Pemberhentian Sukarela (VSS) atau Skim Pemisah Sukareka (MSS), layak untuk memohon di pejabat PERKESO berhampiran.

CATEGORIES
TAGS