Perjuangkan nasib Palestin!

Perjuangkan nasib Palestin!

Kalau bukan kita untuk bantu, siapa lagi kan..

KRISIS yang tercetus antara Israel dan Palestin sentiasa mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat tidak kira dalam mahupun luar negara.

Kekejaman Israel terhadap Palestin terus-terusan mendapat tentangan dari seluruh dunia khususnya umat Islam.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul melibatkan dua negara ini.

Lebih menyedihkan apabila hari demi hari, rakyat Palestin terpaksa hidup dalam ketakutan dan menderita.

Meskipun banyak pihak telah campur tangan untuk membantu menyelesaikan persengketaan tersebut, namun, masih tiada kata putus.

 

ISRAEL MULA DIBENTUK

Mengimbas sejenak pembentukan Israel, ianya berlaku pada tahun 1948.

Tanah penduduk Palestin dan beberapa wilayah Arab termasuk ladang termasuk Ladang Shebaa di Lebanon dan Bukit Golan, Syria dalam satu operasi ketenteraan telah dijajah.

Pada 1967, Israel mula menduduki wilayah Palestin di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis dan Genting Gaza.

Satu persatu wilayah dirampas rejim itu sehingga ke Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Rampasan tersebut turut mendapat kecaman rakyat antarabangsa.

Sekitar tahun 2005, Tel Aviv kemudiannya berundur dari Gaza tetapi terus menggempur wilayah itu.

Difahamkan, kira-kira 230 penempatan haram dibina sejak tahun 1967 di wilayah Palestin, lebih setengah juta penduduk Israel menetap di situ.

Menurut sumber, tanah Palestin terus dirampas Israel dalam senyap setiap tahun.

Umum mengetahui inilah punca sebenar tercetusnya konflik antara kedua negara ini.

 

NYAWA JADI TARUHAN

Kemuncak kepada krisis ini dapat dilihat apabila Israel terus bertindak menyerang Palestin sehingga menyebabkan semakin ramai penduduknya terkorban.

Jika suatu ketika dahulu Palestin hanya berdiam diri tetapi, respon dunia yang tidak mampu berbuat apa-apa membuatkan negara tersebut mengambil langkah membalas serangan Israel.

Namun semua perjuangan tersebut seakan-akan sia-sia kerana rakan sekutu Israel sentiasa memastikan usaha menyelamatkan Palestin kekal gagal.

Akibatnya, Israel terus membalas dengan melancarkan roket, mengebom tanah Palestin sehingga hospital, sekolah dan nyawa tidak berdosa termasuk kanak-kanak menjadi mangsa.

 

BEBASKAN PALESTIN

Sehingga pada satu tahap, sewajarnya Palestin diberikan kebebasan.

Pihak berkenaan sepatutnya mencari solusi menghapuskan punca permasalahan itu.

Rakyat Palestin harus diberikan ruang dan peluang untuk menuntut tanah air dan membela nasib rakyat mereka.

Keadilan perlu ditegakkan demi menamatkan keganasan terhadap Palestin.

Seperti yang pernah diutarakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerusi sesi perbahasan am Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 di New York tahun lalu, iktiraf Palestin dan hentikan tindakan Israel dari mencabul undang-undang antarabangsa bagi memastikan nasib Palestin terbela.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES