Categories: EkonomiMELAKA

Perintah Kawalan Pergerakan: Sektor perladangan sawit, getah diberi kelonggaran

AYER KEROH 19 Mac. – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti memberi kelonggaran bagi aktiviti sektor perladangan dan komoditi untuk memastikan rantaian bekalan khususnya penghasilan peralatan perubatan serta minyak masak di negara ini mencukupi.

Menterinya, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah dikuatkuasakan, kerajaan memberi kelonggaran kepada sektor perladangan pekebun kecil dengan membenarkan aktiviti penorehan getah bagi tujuan pembekalan bahan mentah untuk menghasilkan produk perubatan iaitu sarung tangan dan katerer.

Ujarnya, kementerian turut membenarkan penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan pekebun kecil termasuk membenarkan pemprosesan dilaksanakan di kilang bagi pengeluaran minyak masak sebagai keperluan pasaran tempatan.

“Kelonggaran juga dibenarkan kepada sektor perkayuan beroperasi bagi memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai.

“Kementerian sedar bahawa Perintah Kawalan Pergerakkan memberi implikasi besar kepada sektor perladangan dan komoditi khususnya pekebun kecil sawit dan getah.

“Setelah mendapat panduan umum Kabinet yang bermesyuarat pagi semalam termasuk pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) langkah ini diambil buat pekebun kecil yang menjalankan sektor perladangan dan komoditi,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pada masa sama pihaknya turut mengingatkan kepada semua pihak yang terlibat dalam kelonggaran berkenaan hendaklah memastikan langkah pencegahan dan pengawalan daripada COVID-19 diambil.

“Segala langkah pencegahan dan pengawalan COVID-19 perlu dipatuhi termasuk meminimakan tenaga kerja dan pergerakan pekerja.

“Malah, perlu menjarakkan sentuhan fizikal (social distancing) selain pulang segera ke rumah atau penempatan setelah selesai bekerja.

“Semua pihak diingatkan sentiasa menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago