Categories: Antarabangsa

Pergerakan wanita Amerika enggan lawat Israel

ANKARA, 23 Ogos – Tiga anggota pergerakan wanita Amerika enggan melawat Israel selepas dua kongres wanita Amerika Syarikat diharamkan daripada memasuki negara itu minggu lepas, lapor agensi berita Anadolu.

Menerusi Twitter sebuah pergerakan pro-palestin dikenali Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) mengatakan ahli kongres Alexandria Ocasio-Cortez, pelakon Cynthia Nixon dan aktivis Gloria Steinmen turut menggesa pihak lain untuk tidak melawat Israel.

“Saya mahu lihat komitmen daripada wakil saya di Washington untuk TIDAK pergi ke Israel sehingga SEMUA anggota Kongres dialu-alukan,” tulis Nixon dalam Twitter.

Dua kongres wanita itu dilarang masuk ke Israel pada 15 Ogos.

Ocasio-Cortez berkata larangan tersebut menggugat hubungan diplomasi antarabangsa.

Rejim Israel melarang Rashida Tlaib dan Ilhan Omar dari melawat negara itu dan Tebing Barat yang diduduki, susulan Presiden Donald Trump menulis di twitternya “ia akan menunjukkan kelemahan yang jelas” andai mereka dibenarkan masuk.

Keputusan itu menerima kecaman hebat.Senator Republikan Marco Rubio menyifatkan keputusan itu

satu “kesilapan.”

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata larangan itu kerana Tlaib dan Omar merupakan penyokong tegar gerakan boikot terhadap Israel.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago