Categories: NASIONAL

Perbicaraan rasuah Zahid ditangguh bagi bincang barisan Kabinet

KUALA LUMPUR 2 Mac – Perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehari kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan oleh peguam Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

“Kehadirannya diperlukan dalam perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung pembentukan Kabinet,” kata Hisyam.

Sementara itu, Raja Rozela berkata, pendakwaan mempunyai lima saksi untuk perbicaraan hari ini, namun akan menyerahkannya kepada mahkamah.

Sequerah berkata perbicaraan yang bermula pada 18 November itu akan bersambung esok. Pihak pendakwaan memanggil 39 saksi setakat ini.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, semalam.

Ahmad Zahid adalah Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh.

Beliau berdepan 47 tuduhan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akal Budi, pengubahan wang haram serta menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika beliau bergelar Menteri Dalam Negeri.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago