Categories: JENAYAHNASIONAL

Perbicaraan kes saman barang kemas ditetapkan 21-24 Okt

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan empat hari mulai 21 Okt untuk perbicaraan kes saman oleh Global Royalty Trading SAL terhadap isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menuntut beliau memulangkan 44 barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah US$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Peguam Datuk David Gurupatham, yang mewakili syarikat pemborong barang kemas berpangkalan di Lubnan itu memberitahu media, mahkamah juga menetapkan 17 Sept untuk pengurusan kes bagi semua permohonan interlokutori yang difailkan Global Royalty selaku plaintif dan Rosmah sebagai defendan.

Beliau berkata demikian selepas kes itu disebut di hadapan Hakim Wong Chee Lin, di dalam kamar.

Pada 14 Feb lepas Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah untuk memeriksa dan mengesahkan kewujudan 44 barang kemas yang berada dalam miliknya sebelum dirampas polis.

Global Royalty dalam saman yang difailkan pada 26 Jun tahun lalu mendakwa pada 10 Feb 2018 mereka menghantar 44 barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai hampir US$124,000 (RM519,183) dan US$925,000 (RM3.8 juta) kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.

Syarikat itu mendakwa ketika serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma serta syarat dalam Memorandum No. 926 bagi barang kemas berkenaan.

Syarikat itu berkata, melalui surat bertarikh 22 Mei 2018, Rosmah mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas itu tetapi menyatakan ia tidak lagi berada dalam milikannya kerana disita dan kini berada dalam jagaan pihak berkuasa.

Sehubungan itu Global Royalty memohon perintah perisytiharan mahkamah bahawa syarikat itu adalah pemilik sah ke atas barang kemas tersebut dan turut memohon pemilikan barangan kemas itu tidak dipindahkan kepada defendan.

Ia juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah menyediakan senarai barang kemas yang dirampas dan supaya barangan terbabit dipulangkan atau Rosmah perlu membayar harga barang kemas itu yang berjumlah US$14.79 juta (RM59.83 juta).- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago