Categories: MELAKA

Perayaan Krismas disambut meriah masyarakat Portugis

Oleh FAIZ HASAN

UJONG PASIR 24 Dis. – Pelbagai persiapan telah dilakukan masyarakat beragama Kristian bagi meraikan perayaan Hari Natal yang akan disambut esok.

Seorang penduduk, Briane Franko Danker, 42, berkata, sambutan perayaan Krismas cukup meriah walaupun diraikan secara sederhana oleh keluarganya.

Katanya, pelbagai persiapan dilakukan termasuk menghiasi rumahnya yang dilakukannya sejak awal Disember lalu.

Menurutnya, pelbagai hiasan digantung di rumahnya termasuk perhiasan di halaman rumah, pokok Krismas serta pelbagai lagi.

Ujarnya, dia yang berketurunan Portugis tinggal berdua bersama ibunya di rumah warisan keluarga sejak lebih 40 tahun dulu dan ia merupakan tempat mengumpulkan semua sanak saudara menjelang Hari Natal.

Katanya, walaupun ada beberapa adik-beradiknya tinggal di negeri ini, namun perayaan itu tetap disambut meriah dengan kehadiran keluarga terdekat seperti di Kuala Lumpur, Johor serta beberapa negeri lain.

“Biasannya, pada waktu malam sebelum menyambut Krismas, kami akan sembahyang bersama ahli keluarga.

“Selepas itu, acara makan malam akan diadakan bagi meraikan perayaan yang disambut setahun sekali ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Portugis, hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Simon Theseira, 52, berkata, sambutan perayaan tersebut tidak sama seperti di negeri lain dan dia menjadikan Melaka sebagai lokasi bagi merikan Hari Natal dengan penuh tradisi.

Ujarnya, dia yang menetap di Kuala Lumpur akan pulang ke negeri ini dan meraikannya bersama ahli keluarga lain.

Katanya, ia merupakan peluang dalam menjalinkan keutuhan ahli keluarga dan rakan-rakan lain, sekali gus menjalinkan tali persaudaraan dengan rakan-rakan baharu.

“Melaka merupakan negeri tercinta bagi meraikan Hari Krismas dengan penuh tradisi, malah ia dapat merapatkan semangat muhibbah bersama bangsa lain,” katanya.

Seorang lagi, Martin Theseira, 62, berkata, walaupun sambutan itu disambut meriah, namun ada sesetengah keluarga menyambutnya secara kecil-kecilan.

Jelasnya, ini disebabkan sesetengah mereka masih berkabung akibat kematian ahli keluarga sejak beberapa minggu lalu.

“Ada 10 kematian dicatat di kawasan ini dan ahli keluarga terlibat mengambil langkah menyambut perayaan ini secara sederhana.

“Semua penduduk lebih melibatkan diri dengan ahli keluarga di rumah bagi menyediakan persiapan perayaan dari segi hiasan rumah dan makan malam.

“Selepas makan malam, ia waktu kemuncak dengan meraikan bersama ahli keluarga lain di rumah masing-masing,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago