:PERANCIS masih belum memastikan mempertaruhkan Giroud untuk berdepan Peru.
:PERANCIS masih belum pasti mempertaruhkan Giroud untuk berdepan Peru.
PERANCIS yang menjadi antara pasukan pilihan enggan terlalu yakin bertemu Peru setelah menyaksikan pasukan pilihan lain seperti Brazil, Portugal dan Argentina gagal tepati jangkaan dan hanya mampu seri malah ada yang tumpas seperti Jerman.
Kemenangan 2-1 yang diraih anak buah Didier Deschamps tempoh hari atas bantuan Video Pembantu Pengadil (VAR) masih belum cukup menyakinkan skuad itu untuk mendabik dada bertemu Peru, malam ini.
“Kami ambil berat apa yang sudah baik dan apa yang belum. Kesemua pemain bersetuju kami masih perlu meningkatkan kekuatan fizikal dan perubahan sikap secara keseluruhan. Memang pasukan (pilihan) lain hanya seri malah ada yang kalah.
“Kami pula menang tetapi masih perlu ada yang diperbaiki lagi. Kami tahu ke arah mana kami perlu pergi,” kata penolong ketua pasukan Perancis yang juga pemain pertahanan, Raphael Varane.
Skuad Deschamps mungkin mempertaruhkan perlawanan ini menerusi pemain tambatannya, Olivier Giroud untuk menggoncang kubu Peru.
Namun, perkara itu masih belum dimuktamadkan kerana menganggap sumbangan pemain muda seperti Mbappe masih lagi diperlukan selain mempertahankan prestasi pemain tengahnya, Paul Pogba.
“Dia (Mbappe) baru berusia 19 tahun tetapi mampu beraksi di peringkat tertinggi yang mana banyak pemain seusianya belum mampu layak. Dia mempunyai bakat besar,” katanya.
Perancis perlu memenangi perlawanan ini untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati, namun Peru pastinya tidak menyediakan laluan mudah.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment