Categories: MELAKANASIONAL

Penyertaan ATM pada Hari Kebangsaan 2019 signifikan

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada tahun ini menjadi lebih signifikan ketika cabang pertahanan negara itu disinggung.

Sebanyak 3,919 pegawai dan anggota ATM serta 126 aset pertahanan terlibat dalam acara kemuncak Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Panglima 12 Briged Infantri Brigadier Jeneral Marzuki Mokhtar berkata selain menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-62, keberadaan kontinjen ATM di acara itu akan membolehkan rakyat melihat dan menilai kesiapsiagaan pasukan itu dalam mempertahankan negara.

“Dengan penglibatan ATM bersama aset pertahanan yang serba canggih, ia akan menaikkan imej pasukan sekaligus memberi keyakinan kepada rakyat dan kerajaan kemampuan pasukan dalam pertahanan negara,” katanya kepada Bernama selepas sesi latihan bersepadu persiapan Hari Kebangsaan ke-62 di sini hari ini.

Antara aset ATM yang akan dipamerkan ialah empat Rapid Ranger iaitu sistem peluru berpandu jarak dekat (VSHORAD), yang merupakan antara aset terkini dimiliki ATM.

Turut mengambil bahagian ialah pesawat pejuang ATM iaitu Sukhoi SU-30MKM dan Hornet FA-18D.

“Datang tengok sendiri aset yang kita ada, rasai gegaran apabila Sukhoi membelah ruang udara, dan selepas itu kita yakin persepsi mereka yang meragui kemampuan ATM akan berubah,” kata Marzuki yang mewakili ATM selaku penyelaras jawatankuasa perbarisan dan perarakan.

Putrajaya adalah tuan rumah bagi acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2019. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago