Penubuhan JPI masih di peringkat perbincangan

BUKIT PALAH 15 Jun – Kerajaan Negeri Melaka masih lagi di peringkat perbincangan berhubung penubuhan Jabatan Pendidikan Islam (JPI).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kelewatan penubuhan JPI yang sepatutnya ditubuhkan selewat-lewatnya Mac lalu berpunca daripada beberapa faktor termasuk isu perlembangaan.

Jelasnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedang membuat perbincangan lanjut secara lebih menyeluruh dari segi pelaksanaan dan peranan jabatan tersebut.

“Kita akan cuba memuktamadkannya termasuk dari segi pelan tindakannya, apa pun dari segi pelaksanaannya banyak bergantung kepada proses yang kita mahu lakukan itu.

“Perbincangan masih dibuat dan hasil daripada keputusan perbincangan MAIM itu akan ada mekanismanya dan bagaimana kita dapat melaksanakan hasrat itu,” katanya.

Adly berkata demikian, dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di pekarangan Auditorium Masjid Al-Azim di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAIM, Md. Azhan Samat dan Setiausaha MAIM, Azman Aziz.

Pada majlis itu, Adly memuji inisiatif JAIM menggabungkan semua jabatan dalam agensi itu yang dilihat dapat mengukuhkan permuafakatan antara kakitangan berlainan jabatan.

“Majlis seumpama ini perlu dicontohi semua jabatan dan agensi kerajaan kerana ia mampu merapatkan silaturahim sesama kakitangan,” jelasnya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago