Categories: Ketua MenteriMELAKA

Penjawat awam Melaka perlu terus kekal berkecuali – Adly

AYER KEROH 2 Mac – Penjawat awam di Melaka perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam melaksanakan tugas mereka, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata perkara itu adalah selari dengan saranan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman baru-baru ini supaya semua penjawat awam berkecuali dan menjauhi kegiatan berkaitan politik susulan perkembangan terbaru politik negara.

“Dan saya yakin demi melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan, kita mesti terus komited menjunjung dan mengangkat taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

“Saya juga suka untuk menyeru kepada seluruh penjawat awam untuk kekal bertenang dan melaksanakan tugas-tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang telah dikuatkuasakan,” katanya dalam sesi Amanat Bulan Mac yang disiarkan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Adly berkata semua sistem penyampaian kerajaan perlulah terus berjalan lancar demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang berkualiti seperti yang sedia ada.

“Saya juga mengharapkan supaya kecemerlangan perkhidmatan awam di Negeri Melaka ini diteruskan dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih,” katanya mengakhiri sesi amanat tersebut.

Dalam hantaran di laman FB beliau, Adly turut menukilkan bahawa sesi amanat itu mungkin amanat bulanan terakhir beliau kepada seluruh penjawat awam di Negeri Melaka sebagai Ketua Menteri.

“Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan diri saya dan seluruh penjawat awam supaya kekal tenang dan terus fokus pada kepedulian kita kepada rakyat.

“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan selama ini. Terus berikan khidmat yang terbaik untuk negeri dan negara,” katanya.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago