Categories: Ketua MenteriMELAKA

Penjawat awam jangan lepas peluang mohon PPAM

JASIN 29 Okt. – Ketua Menteri, Adly Zahari menggesa para penjawat awam yang layak memiliki unit Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) agar berbuat permohonan segera.

Katanya, ia dikhuatiri mereka tidak berkesempatan memiliki kediaman sendiri susulan permohonan terlalu banyak diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

“PPAM adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi kerajaan negeri untuk memastikan para penjawat awam berkelayakan mendapat bantuan memiliki rumah.

“Saya memang galakkan golongan ini mengambil kesempatan terhadap projek perumahan awam yang dilaksanakan dan berharap mereka merebut peluang memiliki kediaman dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pecah Tanah PPAM Taman Mekar Jaya, Air Baruk, Bemban

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr Wong Fort Pin.

Projek perumahan yang dirasmikan di atas tanah seluas 10.09 ekar itu mengandungi sebanyak 145 unit rumah yang terbahagi kepada tiga jenis kediaman.

Projek itu juga merupakan projek PPAM yang ketujuh selepas Bandar Baru Jasin Bestari, Taman Cheng Indah, Taman Angkasa Nuri 2, Taman Bertam Impian, dan Admiral Residence dengan keseluruhan 1,277 unit PPAM seluruh Melaka.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago