Categories: Covid-19MELAKA

Penjaja kecil boleh berniaga untuk pelanggan ‘take-away’ – Ketua Menteri

BANDARAYA MELAKA 19 Mac — Penjaja kecil di Melaka boleh meneruskan perniagaan seperti biasa selagi tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan wabak Covid-19 dilaksanakan.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, ia kerana penjaja-penjaja kecil di negeri ini memperoleh sumber pendapatan tetap dari hasil perniagaan mereka.

“Penjaja kecil masih boleh beroperasi, mereka yang menjual makanan secara kecil-kecilan yang tidak berkumpulan ini dibenarkan berniaga dengan cara beli dan terus balik (take-away).

“Manakala, bagi restoran-restoran mereka akan dikenakan tindakan jika membenarkan orang ramai duduk berkumpul di kedai mereka,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Ketua Menteri di Melakafm, hari ini.

Katanya, semua pihak dinasihatkan agar patuh kepada arahan yang dikeluarkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19, bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Perintah itu mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dalam memastikan semua pihak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bermula semalam sehingga 31 Mac ini.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago