Categories: MELAKA

Peningkatan kes denggi membimbangkan

BANDARAYA MELAKA 14 Jan. – Kes denggi Melaka meningkat 92 peratus kepada 96 kes setakat 11 Januari lalu, berbanding 50 kes direkodkan bagi tempoh sama, tahun lalu.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong, kesemua kes direkodkan tahun ini di 15 lokaliti wabak, menyaksikan peningkatan 46 individu dijangkiti denggi.

“Jumlah itu direkodkan secara keseluruhan membabitkan ketiga daerah di Melaka dan mendapati Daerah Melaka Tengah mencatat kes denggi tertinggi dengan 69 kes.

“Diikuti, Daerah Alor Gajah (18 kes) dan Jasin (9 kes),” katanya kepada MelakaKini.

Sehubungan itu, Chee Leong berkata, kerajaan negeri akan memberi tumpuan terhadap aktiviti gotong royong di seluruh kawasan negeri ini dengan penglibatan pelbagai pihak.

“Kita melihat kes ini perlu dipandang serius dan menyeru semua pihak agar melakukan langkah pencegahan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes.

“Pelbagai aktiviti pencegahan perlu dilaksanakan oleh setiap peringkat masyarakat dalam membendung demam denggi ini,” katanya.

Ujarnya, tindakan pantas akan dilaksanakan secepat mungkin melalui kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi mengadakan gotong-royong.

“Pada masa sama, seluruh Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan (JKN) negeri akan bekerjasama dengan pemimpin komuniti bagi mendekati rakyat menangani denggi.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan sambil lewa dengan perkara ini kerana ia melibatkan nyawa, maka masalah denggi di negeri ini harus dibendung dengan serius,” jelasnya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago