PENGURUSAN TAMAN MINI MALAYSIA & ASEAN AKAN DITUKAR

PENGURUSAN TAMAN MINI MALAYSIA & ASEAN AKAN DITUKAR

Moga lokasi pelancongan ini segera ditambah baik

 

Kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan syarikat pengurusan Taman Mini Malaysia dan ASEAN sedia ada berikutan kawasan itu dilihat tidak diselenggara dengan baik ketika ini.

Justeru itu, Ketua Menteri, Adly Zahari telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk mendapatkan syarikat pengurusan baharu bagi memulihkan semula imej kawasan pelancongan itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tahun lalu, pihaknya telah mengadakan lawatan di kedua-dua taman rekreasi tersebut bagi membincangkan isu pengurusan kawasan pelancongan itu.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES