Penganggur didakwa rogol budak bawah umur

Penganggur didakwa rogol budak bawah umur

Tak memasal kena...

AYER KEROH 12 Julai- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Taman Peruna, Sungai Udang, April lalu.

Mohd Irsyad Naif, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Normal Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua lelaki berkenaan didakwa merogol seorang gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Peruna, Sungai Udang pada jam 2.00 pagi pada 18 April dan jam 10.00 malam pada 28 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban meminta mahkamah mengenakan jaminan RM10,000.

Namun tertuduh meminta pengurangan kerana tidak bekerja dan perlu menanggung kedua ibu bapa yang turut tidak bekerja.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Ogos depan bagi sebutan semula kes dan tertuduh ditawar ikat jamin dengan seorang penjamin sebanyak RM8,000.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS