Categories: MELAKASurat Pembaca

Pengajaran di sebalik peralihan kuasa

ADAM MELAKA

BILA habis kemelut ni, bolehlaH saya cerita apa yang berlaku sebenarnya Sebab terlalu banyak versi dan teori konspirasi. Maka bolehlah saya cerita apa yang berlaku sebenarnya.

Ingat tak Jumaat minggu lepas semasa mesyuarat Majlis Presiden?

Dalam mesyuarat itu walaupun ada sedikit ketegangan, akhirnya semua yang hadir bersetuju untuk menyerahkan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) memilih tarikh untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Ini jelas sebagaimana yang diumumkan dalam sidang media selepas itu. Tiada krisis langsung yang berlaku. Kemudian tenang. Tak ada apa yang berlaku.

Pagi Ahad tu bermula segalanya.

`Team’ kartel Azmin mengadakan mesyuarat di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Pada hari sama, BERSATU juga mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Dalam mesyuarat tu, Tun M tidak setuju kalau jadikan UMNO (satu blok) sebagai sebuah parti. Tun M tidak mahu DS Ahmad Zahid Hamidi, DS Abdul Azeez Rahim menyertai pakatan baharu.

Atas dasar prinsip, Tun M tolak cadangan itu. Bagi Tun M, untuk menerima beberapa ahli parlimen UMNO yang bersih tidak mengapa. Bukan satu parti sekali gus.

Antara yang sokong Tun M hanya beberapa orang dalam MPT sahaja yang bersetuju dengan Tun M.

Syed Saddiq, Dr Maszlee, Akhramshah, Mukhriz, Kadir Jasin dan ABY.

Tun M siap menahan sebak “Jangan paksa saya langgar prinsip saya”.

Dalam mesyuarat berkenaan, individu yang paling lantang ialah Setiausaha Politik beliau sendiri, Zahid Mat Arip.

Tun M merayu semua pihak memikirkan masalah yang lebih besar seperti wabak Covid-19 dan ekonomi.

Mesyuarat berkenaan tidak habis di situ sahaja.

Ia berlarutan hingga ke rumah Tun M.

Beberapa pemimpin seperti DS Abdul Hadi Awang, Ds Azmin Ali, Ahmad Zahid, Abang Johari dan Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di rumah Tun M.

Ketika itu Ahmad Zahid mengemukakan beberapa syarat termasuk jawatan kanan dalam Kabinet dan meminta pakatan yang baharu itu mengambil semua ahli UMNO dan keputusan itu perlu dibuat ketika itu juga.

Kenapa mereka paksa buat keputusan sekarang? Ini kerana keputusan kes DS Najib dan Zahid akan dikeluarkan tidak lama lagi. Maka mereka perlu keputuaan segera!

Tun M kata itu semua kerja bodoh. Belum apa-apa lagi dah ugut.

Malam tu berlakulah Langkah Sheraton. Berpeluk gila sakan. Ku Nan datang macam Menteri apabila orang tolong bukakan laluan untuknya, semua yang ada malam tu dah berangan pilih nak kementerian itu ini.

Pagi keesokannya (Isnin), Tun M tidak masuk ke pejabat. Datin seri Wan Azizah, Anwar Ibrahim , Mat Sabu dan Lim Guan Eng datang bertemu Tun M di rumah.

Mereka jumap seorang demi seorang di rumah. Sebelum jumpa, mereka menganggap Tun M la orang yang merencanakan semua ini. Kerajaan Pintu Belakang atau Langkah Sheraton.

Selepas diperjelaskan semuanya oleh Tun M, mereka sedar yang Tun M adalah orang yang ikhlas dan berprinsip sebab Tun M boleh jadi PM kepada gabungan kepada semua parti tapi waktu tu dah terlambat. Tun M telah pun letak jawatan.

Ramai yang bertanya kalau nak jadi PM balik, buat apa dia letak jawatan? Actually Tun M tak nak jadi PM di bawah gabungan berkenaan.

Sebab BERSATU dah keluar dari Pakatan Harapan. Actually kerajaan PH dah tumbang. Jadi Tun M tak nak jadi PM dalam kerajaan UMNO ni tadi.

Tun M jugak letak jawatan Pengerusi Bersatu sebab tak setuju dengan pendirian Bersatu yang dibuat Muhydidin.

Jadi Tun M mengadakan pertemuan dengan Seri Paduka Baginda YDP Agong, seterusnya dilantik sebagai PM Interim.

Dan YDA Agong berkenan mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen (MP) seorang demi seorang. Malam itu PH buat mesyuarat Majlis Presiden tanpa Tun M kerana Tun M bukan lagi Pengerusi Bersatu dia tak boleh hadir. Bagi PH pulak mungkin ingat Tun M tak ikhlas sebab tak datang. Maka mereka calonkan Anwar sebagai PM.

Bila habis jumpa semua MP. YDP Agong memanggil Tun M dan mengatakan baginda tidak memperoleh majoriti. Sebab apa? Sebab ada nama lain selain Tun M dan Anwar. Jadi Tun M cadang mengemukakan isu itu ke sidang parlimen yang kemudiaanya yidak dibenarkan oleh Speaker.

Habis bab tu. Sebelum ketua-ketua parti jumpa YDP Agong, PH datang jumpa Tun M dan Tun M setuju untuk jadi PM balik dengan beberapa syarat yang mana mereka pun bersetuju.

Sebelum tu, BERSATU buat ketetapan untuk namakan Muhyiddin sebagai PM dan bersetuju dengan UMNO dan PAS secara blok yang mana ia ditolak oleh Tun M.

Jadi bila pergi ke Istana pagi tu, semua dah bawak nama. BERSATU, PAS dan UMNO sokong Muhyiddin dan PH sokong Tun M. Warisan datang kemudian.

Paling menyedihkan Tun M hilang ramai orang kepercayaan dia termasuk beberapa ahli Parlimen yang dia ingat kawan.

Itu yang Tun M kata dia dikhianati. Ya, pengkhianatan yang terbesar. Tun M nyatakan Muhyiddin adalah pengkhianat beliau

Banyak pengajaran kita dapat dari cerita ni.

Tamak dan gelojoh. Bila ada pemimpin yang mahu itu ini dan tak sabar, beginilah jadinya.

Hati hati dengan orang kita percaya. Kita tak tahu bila dia akan tikam kita, bila ada peluang depan kita. Saya sendiri pun tak tahu siapalah nak dipercayai sekarang ni.

Itulah cerita sedikit sebanyak yang sudah pun diringkaskan. Namun kemelut ini memberi banyak pengajaran. Tun M pun akan terus berjuang dengan prinsipnya dengan beberapa orang lagi.

Saya tidak sedih dia letak jawatan. Cuma saya rasa ini bukan pengakhiran yang baik untuk insan bernama Dr Mahathir bin Mohamad. Itu juga kata Tun Siti Hasmah, isterinya.

Kita bina parti BERSATU sama sama. Agak sedih bila jadi macam ni sebab kuasa. I lost a lot of my friends too. Yang tiba-tiba boleh maki hamun Tun. So entahlah. Dunia ini bulat. Bagi aku, aku akan kekal berprinsip.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago