Categories: MELAKA

Pengadu perlu berikan laporan & bukti – Doreen

JASIN 1 Ogos – “Kita terima banyak aduan berhubung aktiviti melanggar undang-undang penangkapan ikan di sungai, namun tiada bukti untuk diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Perikanan negeri, Doreen Wee Siew Leen.

Doreen berkata, terdapat beberapa aduan yang mengatakan bahawa adanya individu yang melanggar Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai), Melaka 1992 di beberapa sungai di negeri ini.

“Namun kita tidak boleh ambil tindakan berikutan tidak mempunyai bukti bergambar oleh pengadu.

“Kita ada terima aduan dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di mana ada pihak tidak bertanggungjawab melepaskan ikan bukan asli dari negeri jiran (Johor) selain pencemaran,” katanya.

Doreen berkata demikian selepas Program Pelepasan 60,000 Benih Ikan Lampam Sungai ke Perairan Sungai Chohong, hari ini.

Program tersebut disempurnkan oleh Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee.

Jelasnya, setakat ini tiada yang tindakan dibuat. Justeru, pengadu dinasihatkan memberikan gambar sebagai bahan bukti.

“Bila ada bukti ini, individu tersebut boleh diambil tindakan mahkamah,” katanya.

Doreen meminta supaya orang awam membuat aduan bergambar ke Pejabat Jabatan Perikanan Negeri Melaka di talian 06-3172485.

Setakat ini terdapat beberapa sungai dijadikan eko-pelancongan pelepasan benih kkan lampam seperti Kampung Sungai Tehel dan Kampung Paya Lebar di Alor Gajah.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago