Categories: MELAKA

Peneroka kesal dakwa ketirisan berlaku dalam FELCRA

AYER KEROH 12 April – Peneroka Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) kecewa dan tidak berpuas hati kerana mendakwa berlakunya ketirisan di dalam pentadbiran agensi itu.

Seorang peneroka, Haszalan Mat Tob, 41, mendakwa akibat dari permasalahan berlaku itu dia memohon agar tidak lagi diseliakan dibawah agensi berkenaan bagi projek penanaman semula malah mahu mengusahakan tanah dengan sendiri akibat terkilan dengan permasalahan yang berlaku.

Dakwanya, beberapa peneroka dibawah agensi itu tidak berpuas hati terhadap pengagihan Elaun Sara Hidup yang dijanjikan kepada peneroka di sekitar kawasan Merlimau gagal disalurkan.

“Bayaran wang tersebut yang disalurkan mengikut keluasan tanah gagal diberi tanpa sebarang notis, malah kami terima hanya lapan bulan dan kali terakhir diberikan ialah sejak Mei tahun lalu.

“Pelbagai masalah kami hadapi yang kebanyakannya peneroka di kawasan Seri Mendapat, Lembah Kesang 2 dan Paya Jenuang.

“Jadi, kami tak mahu lagi sertai projek penanaman semula yang dianjurkan syarikat ini disebabkan kami tak mahu berhutang dan meninggalkan hutang kepada pewaris kami nanti.

“Malah, melalui perjanjian lama, hutang perlu dijelaskan dalam 15 tahun tapi sekarang dah hampir 30 tahun hutang ini masih berbaki.

“Mereka juga menyatakan saya tidak perlu berbuat demikian disebabkan saya hanyalah anak kepada peneroka dan jika mahu teruskan saya perlu membayar RM100,000 hingga RM200,000 sebagai kos pengurusan ladang.

“Paling tidak boleh diterima, pihak terbabit menyatakan jika kami tak sertai projek ini tanah agihan kami akan dirampas,” katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media di pejabat Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Hansan Industri Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee di Seri Negeri, hari ini.

Sementara itu, Norhizam berkata, beliau menyarankan kesemua peneroka di kawasan terbabit melaporkan kepada phak berwajib termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar perkara ini dapat diselesaikan.

“Kita akan rujuk kepada SPRM dan minta kertas siasatan dibuka bagi mengenalpasti adakah ketirisan dan keraguan ini berlaku sepanjang permasalah ini berlaku.

“Kita tak nak lihat peneroka ini terus menghadapi masalah dan yang akhirnya merugikan mereka sehingga terpaksa menanggung hutang sehingga bertahun-tahun,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago