PENERBANGAN BAHARU MELAKA – JAKARTA & MELAKA – CHINA

PENERBANGAN BAHARU MELAKA – JAKARTA & MELAKA – CHINA

Inisiatif kerajaan negeri bagi menarik lebih ramai pelancong luar ke Melaka.

Kerajaan Negeri sedang berusaha memasukkan penerbangan baharu di Lapangan Terbang Antarabngsa Melaka (LTAM) iaitu Melaka-Jakarta dan Melaka-China melalui Batik Air

Ketua Menteri, Adly Zahari, inisiatif itu sekaligus mampu menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia dan China ke Malaysia amnya dan Melaka Khasnya bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tambah Adly, Melaka masih kekurangan sekitar 2 juta pelancong bagi mencapai sasaran 20 juta dan pihaknya akan berusaha mencapai sasaran itu sehingga Disember ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata sasaran kedatangan pelancong ke Melaka pada tahun 2020 akan ditingkatkan jika sasaran 2019 berjaya dicapai.

Dalam pada itu, Adly menasihatkan peniaga agar mempelbagaikan kreativiti pada produk yang dijual bagi menarik lebih ramai pelancong membeli produk mereka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES