Peneraju makanan Borneo pertama di Melaka

DURIAN TUNGGAL 27 Dis. – Ilham bermula dari perniagaan atas talian menjadi pencetus perkenalkan makanan ‘Borneo’ di Melaka.

Pengurus Restoran Kolok VS Laksa Sarawak, Haiyana Roslan, 31, berkata, ilhamnya timbul apabila pada awalnya berniaga atas talian dan berhasrat memperkenalkan makanan Sarawak buat penduduk Melaka.

Jelasnya, impiannya tercapai apabila berjaya membuka sebuah restoran yang telah beroperasi sejak setahun lalu.

Menurutnya, masih ramai tidak mengenali makanan tradisi Borneo dan dia mengambil inisiatif membangunkan sebuah industri makanan Sarawak di Negeri Melaka.

Ujarnya, sejak restoran itu dibuka, sambutan sangat menggalakkan terutama pada waktu puncak sekitar jam 8 hingga 10 malam.

Menurut Haiyana, mi kolok dan laksa Sarawak merupakan menu utama di restorannya dan juga resipi rahsia yang diwarisi dari keluarganya.

Haiyana yang menetap lima tahun di Melaka berkata, makanan Sarawak tidak harus dilupakan kerana ia punyai nilai tradisi dan keunikannya tersendiri berbanding makanan di Semenanjung.

“Misi kami ialah memperkenalkan makanan Borneo di negeri bersejarah ini, apatah lagi Negeri Melaka menjadi tumpuan pelancong dan ia adalah kepentingan utama kami.

“Pengunjung tidak perlu ke Sarawak kerana makanan tersebut ada di restoran kami dan perkongsian budaya dan makanan tradisi boleh didapati di sini,” katanya.

Restoran Kolok VS Laksa Sarawak beroperasi setiap hari dari jam 4 petang hingga 1 pagi menawarkan pelbagai menu dan tarikan tersendiri.

Restoran bertemakan santai itu turut mengadakan hiburan ‘busking band’ bagi menyelami tradisi masyarakat Borneo.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago