Categories: AntarabangsaMELAKA

Penduduk Palestin adakan tunjuk perasaan sebagai sokongan terhadap mogok lapar

GAZA, 27 Ogos – Berpuluh-puluh penduduk Palestin di Gaza mengadakan tunjuk perasaan pada lewat Isnin sebagai tanda sokongan kepada tahanan yang melancarkan mogok lapar dan bagi menggesa pentadbiran Israel menangani keadaan di penjara, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan pergerakan Jihad Islam serta Persatuan Banduan dan Para Syahid Baitulmaqdis Muchetul.

Penunjuk perasaan mendoakan kesejahteraan banduan dan berharap keadaan mereka akan bertambah baik.

Yasir Yizir, ketua persatuan itu memberitahu Anadolu bahawa tujuan tunjuk perasaan diadakan ialah untuk menyokong banduan Palestin yang melancarkan mogok lapar.

Kelab Banduan Palestin baru-baru ini mengumumkan bahawa lapan tahanan telah memulakan mogok lapan sebagai membantah keadaan penjara dan dasar Israel berkaitan penahanan pentadbiran.

Seorang penduduk biasa Palestin boleh dipenjarakan sehingga enam bulan mengikut dasar itu.

Tempoh penahanan boleh dilanjutkan sehingga lima tahun tanpa alasan perundangan.

Muak dengan amalan-amalan yang dilakukan secara haram oleh Israel, banduan Palestin sering kali melancarkan mogok lapar sebagai protes dan menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan mereka.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago