Categories: BeliaMELAKAPBT

Penduduk lega penantian 10 tahun berakhir

JASIN 1 Ogos – Penantian lebih 10 tahun penduduk Taman Seri Kemendor di sini untuk memiliki gelanggang futsal baru berakhir apabila pembinaannya kemudahan itu siap sepenuhnya.

Kemudahan itu amat dinantikan memandangkan penduduk terutama golongan belia terpaksa menggunakan gelanggang di tempat lain di luar taman perumahan tersebut untuk bermain futsal.

Seorang penduduk, Rozilina M Sabbin, 54, berkata, kemudahan itu amat dinantikan terutama dalam kalangan belia dalam kawasan taman perumahan itu yang sebelum ini terpaksa menyewa jauh gelanggang futsal yang terdapat di belakang Dewan Alamanda di sini.

Menurutnya, dengan adanya gelanggang futsal tersebut, golongan belia dapat memanfaatkannya sekali gus mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah di sekitar kawasan berkenaan.

“Program dan aktiviti kemasyarakatan juga dapat direncanakan bagi memastikan kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Zulkipli Jaafar, 52, berkata, dengan adanya kemudahan itu ia membolehkan lebih ramai masyarakat pelbagai kaum membabitkan diri dalam bidang riadah.

Katanya, pembinaan gelanggang sukan itu secara tidak langsung akan dapat mencungkil bakat belia di kampung untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Pembinaan gelanggang ini bagi menggalakkan golongan belia dan remaja menyuburkan budaya bersukan dan beriadah dengan cara sihat.

“Justeru, saya berharap semua pihak dapat menjaga kemudahan yang disediakan kerajaan kerana telah terlalu lama penduduk impikan gelanggang futsal ini. Ini membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Farhan Abdul Rahim berkata, sebelum ini penduduk di taman tersebut hanya menggunakan padang sedia ada untuk bermain futsal serta aktiviti riadah yang lain.

Dengan terbinanya gelanggang futsal bernilai RM206,000 itu ujarnya, aktiviti bermain futsal dapat dilakukan dalam keadaan selesa.

“Kita menyediakan kemudahan ini selepas menyedari kawasan perumahan di sini tiada kemudahan gelanggang futsal yang sempurna.

Justeru, pihaknya berterima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana menyalurkan peruntukan kepada MPJ bagi membina gelanggang futsal tersebut.

“Di samping itu, gelanggang futsal ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan penduduk berbilang kaum,” katanya.

Oleh JURAIDAH OTHMAN

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: MPJ

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago