Categories: KebajikanMELAKA

Penduduk lega jalan diturap semula

TELOK MAS 26 Feb – Penduduk Taman Mas di sini menarik nafas lega apabila permintaan untuk menurap semula jalan di taman tersebut direalisasikan selepas 10 tahun.

Menerus facebook rasmi Setiausaha Japerun Telok Mas, penurapan itu atas permintaan penduduk di taman berkenaan bagi menurap semula jalan tersebut.

“Penurapan jalan itu melibatkan kos sebanyak RM205,050 melibatkan keseluruhan jalan di taman berkenaan.

“Tahun lalu saya ajukan kepada Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk turap semula jalan di taman ini,” menurut kenyataan facebook rasminya itu.

Kerja-kerja penurapan jalan itu dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik pihak MBMB.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat supaya ia dapat dimanfaati bersama.

“Terima kasih juga kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Mohd Yunus yang sentiasa berusaha dan memikirkan apa yang terbaik untuk kampungnya,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago