JASIN 20 Mac – Pejabat Penerangan Daerah Jasin melakukan rondaan di enam lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, hari ini.
Pegawai Penerangan Daerah Jasin, Azreen Ahmad berkata, rondaan selama tiga jam itu mendapati rata-rata penduduk di kawasan itu mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.
“Hasil rondaan kita dapati penghuni tinggal di dalam rumah tiada pergerakan aktif di luar rumah, kedai harian dibuka seperti biasa dan pelanggan hanya beli barang keperluan sahaja dan pulang.
“Kedai makanan tidak banyak dibuka dan makanan dibeli dibawa pulang tanpa makan di kedai.
“Pergerakan orang ramai kurang aktif seperti kebiasaan, pemakaian ‘face mask’ juga diamalkan orang ramai serta pintu masjid ditutup dan tiada solat Jumaat pada hari ini,” katanya kepada MelakaKini.
Rondaan itu melibatkan kawasan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau Point, Taman Bandar Merlimau Utara, Taman Muhibah, Taman Harmoni dan Taman Merlimau Permai.
Selain menyebarkan maklumat terperinci kepada rakyat, ujarnya, Unit Hebahan Bergerak Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) meneruskan hebahan umum mengenai Perintah Kawalan Pergerakan dan juga COVID-19.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
BANGKOK 20 Mac (Bernama) -- Thailand telah melaporkan 60 kes baharu COVID-19, termasuk lima yang…
Leave a Comment