PENCERAMAH PERLU MOHON KEBENARAN DAN TAULIAH

PENCERAMAH PERLU MOHON KEBENARAN DAN TAULIAH

Pendakwah perlu gunakan medan dakwah sebaiknya.

 

Semua penceramah atau pendakwah khasnya di Melaka diingatkan untuk memohon kebenaran dan tauliah mengajar agama di jabatan mufti negeri.

Permohonan kebenaran adalah tertakluk dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Melaka, Seksyen 106.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, bagi penceramah luar pula, permohonan kebenaran perlu dibuat seawal tempoh sebulan atau selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh program.

Ia bagi memberi ruang kepada jabatan mufti untuk membuat pertimbangan bagi mengelak penceramah yang boleh menimbulkan kontroversi.

Tambah beliau, pihak penganjur yang ingin menjemput penceramah dalam program keagaaman dimana-mana masjid dan instistusi perlu mengikut saluran dan peraturan ditetapkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Selain itu, pihaknya juga akan memantau peggunaan kitab oleh penceramah dan orang awam boleh membuat aduan sekiranya terdapat keraguan pada penyampaian disampaikan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES