Categories: Ketua MenteriMELAKA

Pencemaran Sungai Melaka : Badan khas ditubuhkan kaji punca fenomena

MERLIMAU 24 Mei – Kerajaan negeri akan menubuhkan badan khas untuk memastikan fenomena pencemaran yang berlaku di Sungai Melaka yang menyaksikan ribuan ikan mati dan air bertukar hitam tidak berulang.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, badan itu yang akan ditubuhkan dalam tempoh yang tidak diberitahu akan bertanggungjawab merangka mekanisme yang paling berkesan sebagai penyelesaian jangka masa panjang.

Katanya, fenomena alam yang berlaku hampir setiap tahun dengan kejadian paling teruk pada 2015 itu juga perlu dilihat secara teliti, terutamanya mengembalikan semula kualiti air ke tahap asal.

ADLY bersalaman dengan para jemaah yang hadir dalam Majlis Iftar Perdana Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Al-Mutaqqin baru-baru ini.

“Kita kesan masalah ini berlaku hampir setiap tahun dengan kejadian paling teruk pada 2015 yang menyaksikan insiden lebih teruk.

“Kejadian berpunca dari kualiti air akibat musim kemarau dan air sungai yang disekat dan tidak diganti, itulah hasilnya.

“Dan kerajaan negeri akan mewujudkan badan khas untuk mengkaji keseluruhan punca sebagai penyelesaian jangka panjang supaya ia tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Iftar Perdana Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Al-Mutaqqin di sini malam tadi.

Berhubung operasi bot River Cruise, Adly menegaskan perkhidmatan menyelusuri Sungai Melaka itu kekal beroperasi seperti biasa.

“Perkhidmatan hanya terganggu ketika waktu pembersihan, buat masa ini ia sudah beroperasi seperti biasa,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago