Categories: MELAKA

Pencemaran Sungai Baru: Pengusaha kolam ikan keli diberi amaran

BUKIT KATIL 19 Feb. – Pengusaha ternakan kolam ikan keli di Kampung Bukit Hantu diarah memberhentikan kerja-kerja pembuangan sisa air darah ayam serta-merta ke Sungai Baru Masjid Tanah.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengusaha terbabit telah mencemarkan air sungai berkenaan, hinga menyebab ia berwarna hitam dan berbau busuk.

“Kita dapat aduan pencemaran sungai tersebut, Badan Kawal Selia Air (BKSA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Masjid Tanah, telah buat penyiasatan bersama Pejabat Daerah Alor Gajah.

“Bagaimanapun, kita khuatir sekiranya sisa pencemaran tersebut akan mengalir hingga ke sungai yang menjadi sumber air mentah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai sungai tercemar di Graha Amanah Bukit Katil, hari ini.

Jelasnya, hasil siasatan tersebut pengusaha kolam ikan keli mengaku pihaknya telah melepaskan sisa air darah ayam ke dalam sungai berkenaan.

“Semasa pemantauan kita dapati semua 15 kolam ikan keli punyai ‘outlet’ pelepasan air ke sungai yang sama.

“Sampel air telah dianalisa dan kita sedang menunggu keputusan, BKSA dan Bomba telah membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah.

“Berhubung laporan awal, walaupun sungai itu tercemar (dengan sisa buangan tersebut), tetapi ia tidak melibatkan sumber air mentah ke loji.

“Tiada laporan diterima bahawa ia mencemarkan sumber air mentah kita,” katanya.

Tegas Mohd Sofi, semua sisa air yang tercemar memerlukan rawatan dahulu sehingga menepati spesifikasi, sebelum dibuang ke sungai.

“Mungkin pengusaha nak mudahkan kerja, kalau nak rawat kena ada proses rawatan air dan selanjutnya.

“Kita boleh ambil tindakan udang-undang kepada pengusaha ini, tetapi buat masa ini kita tunggu analisa dan membuat keputusan selanjutnya,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago