Penangan ‘trend’ kereta SUV…

Penangan ‘trend’ kereta SUV…

SUV kegemaran@idola korang?

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) makin menjadi antara variasi pilihan masyarakat negara buat masa kini.

Bentuknya yang tegap di atas jalanraya membuatkan sesiapa saja yang melihat, akan memilihnya sebagai kenderaan keluarga dan bergaya.

Lihat seperti contoh model X70 oleh Proton, keluarannya dilaporkan Mei lalu sudah pun diiktiraf sebagai SUV paling laris di Malaysia dengan penguasaan sebanyak 24 peratus daripada keseluruhan segmen.

Berdasarkan 11,133 unit telah diserahkan setakat ini pada 2019, Proton X70 merupakan juara dalam kategori SUV premium (segmen C) dan pendahulu bagi kategori SUV eksekutif (harga di bawah RM100,000).

PERODUA ARUZ

Namun, selain Proton, Perodua juga memiliki jentera SUV sendiri, iaitu Perodua Aruz yang didatangi dengan enjin berkapasiti 1500 liter, paling penting besar dan jimat.

Selain dua jenama ini, ada juga brand antarabangsa lain, tetapi mutlaknya adalah SUV yang dulunya menjadi pilihan ketiga dan keempat dalam senarai kenderaan keluarga dan sporty, kini antara pilihan utama.

Mungkin harganya sedikit mahal, tetapi dengan kapasitinya yang besar, ia sebenarnya menjimatkan, apatah lagi ia sangat sesuai digunakan untuk balik ke kampung, termasuk merentasi laluan ‘off road’, yang menjadi kesukaran buat kereta ala mewah.

Mudah cerita, SUV kini bukan simbol boros, tetapi contoh gaya hidup, hobi dan penjimatan.

Buktiya syarikat kenderaan kereta mewah, Chevrolet turut melalukan tinjauan dan mendapati SUV mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran, hinggakan mereka memutuskan untuk menambah produksi di segmen SUV.

Bukan setakat Chevrolet sahaja, bahkan Subaru juga telah melakukannya seawal 2015 dengan melancarkan Subaru Forester diikuti, Mercedes-Benz.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES