Categories: NASIONALSUKAN

Pemotongan mata: Melaka United terselamat – FAM

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataannya hari ini mengesahkan badan induk itu tidak akan membuat pemotongan mata terhadap Melaka United (MU), susulan isu tunggakan gaji.

FAM dalam kenyataannya pada 16 Januari lalu memaklumkan pasukan Melaka, PDRM dan Kelantan berada dalam senarai pemotongan mata, berhubung isu berkenaan.

Kelantan juga turut dilaporkan terselamat dari dikenakan sebarang hukuman kerana berjaya melangsaikan tunggakan gaji atau mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan gaji bersama pemain atau pegawai yang terlibat.

PDRM pula berada dalam situasi sebaliknya apabila gagal melakukan perkara sama.

“FAM dengan ini terpaksa mengumumkan penolakan tiga mata terhadap PDRM apabila bermulanya saingan Liga Super 2020 pada 28 Februari 2020.

“Dan akan berkomunikasi dengan Malaysian Football League (MFL) untuk badan penganjur Liga Super itu melaksanakan arahan pemotongan tiga mata tersebut.

“Dalam pada itu, FAM ingin memuji usaha dan kesungguhan yang telah pun dilakukan oleh Kelantan dan Melaka dalam tempoh dua minggu diberikan untuk mereka menyelesaikan tunggakan gaji atau pun persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit.

“Sebagai contoh, Melaka pada awalnya mempunyai tunggakan gaji berjumlah RM2.7 juta tetapi dalam tempoh berkenaan berjaya membayar sebanyak RM2.1 juta dan membuat persetujuan pelan penyelesaian bagi baki yang masih tertunggak.

“Kelantan pula, daripada jumlah awal tunggakan gaji berjumlah RM1.6 juta, mereka telah berjaya membayar sebanyak RM1 juta dan membuat persetujuan pelan penyelesaian bagi baki yang masih tertunggak,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi kenyataan itu sebentar tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, FAM akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan pasukan-pasukan ini mengikuti pelan penyelesaian baki tunggakan gaji seperti yang telah dipersetujui bersama pemain dan pegawai.

“Bagaimanapun, ingin dijelaskan di sini bahawa ia tidak termasuk kes-kes yang telah dilaporkan dan akan diputuskan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mana amaun penuh bayaran dan hukuman akan ditetapkan oleh FIFA.

“FIFA juga berhak untuk menetapkan sebarang hukuman andai pasukan gagal menyelesaikan bayaran tunggakan mengikut jumlah dan tempoh yang ditetapkan.

“Selain itu, Kelantan turut mempunyai tiga kes tunggakan gaji tetapi ia dalam proses untuk dibawa ke Jawatankuasa Status FAM dan keputusan kes berkenaan akan ditentukan oleh jawatankuasa tersebut. Oleh itu, ia tidak termasuk di dalam ketetapan yang dibuat oleh FAM ini.

“Untuk makluman juga, selepas selesainya fasa pertama masalah tunggakan membabitkan gaji pemain dan pegawai pasukan utama iaitu Liga Super dan Liga Perdana ini, FAM akan beralih pula kepada fasa kedua,” katanya.

Berhubung situasi PDRM pula, pasukan itu diberi tempoh tambahan selama empat minggu untuk menyelesaikannya sehingga 28 Februari 2020.

“Jika masih gagal, PDRM akan dikenakan hukuman seterusnya iaitu pemotongan enam lagi mata.

“Justeru FAM berharap PDRM akan mengambil serius untuk berusaha menyelesaikan perkara ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan itu” menurut kenyataan berkenaan hari ini.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago