Pembinaan KLIP : Melaka tunggu Negeri Sembilan

TANJUNG KLING 25 April – Kerajaan Negeri Melaka masih lagi berbincang bersama Negeri Sembilan bagi menyelesaikan isu persempadanan dalam pembinaan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perbincangan itu masih di dalam proses penentuan dan akan dimuktamadkan secepat mungkin bagi membangunkan pelabuhan berkenaan.

Menurutnya, kerajaan negeri berharap agar pembinaan itu dapat dimulakan tahun ini dengan keluasan tapak sebanyak 670 ekar.

“KLIP mengambil masa lima tahun bagi pembinaannya namun ianya bergantung epada perancangan pembangunan yang dibentuk.

“Sasaran kita dalam 10 tahun Melaka bakal dikenali sebagai negeri pelabuhan dan melibatkan tiga lokasi utama iaitu di Tanjung Bruas, Kuala Linggi dan Melaka Gateway yang mempunyai model tersendiri.

“Seperti di KLIP ini kita lebih banyak bekerjasama bersama pedagang daripada Belanda namun di lokasi lain kerjasama belum dimuktamadkan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelayaran Sulung Kapal Kontena Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn. Bhd. ke Humen, China di Jeti Pelabuhan Tanjung Bruas, di sini, pagi tadi.

Dalam pada itu, Adly berkata, pembinaan Melaka sebagai negeri pelabuhan ini mampu membuka pelbagai peluang pekerjaan dari sektor logistik dan pembangunan.

“Pelbagai peluang pekerjaan dimanfaatkan terutama dalam logistik dan pembangunan malah pemaju tempatan juga boleh bekerjasama dengan peluang yang ada ini.

“Industri ini menawarkan pekerjaan terutama kapal yang mengangkut barang ini memerlukan tenaga tempatan yang berkemahiran dalam logistik dan pembangunan,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

6 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago