Categories: Ketua MenteriMELAKA

Pembinaan Empangan Sungai Jernih bakal libatkan penduduk tempatan

AYER LIMAU 4 Nov. – Ketua Menteri, Adly Zahari menzahirkan keyakinan pembinaan Empangan Sungai Jernih akan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Menurutnya, buat masa ini empangan tersebut masih dalam proses reka bentuk dan beliau menjangkakan tender pembinaannya akan dibuka pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan depan.

“Memang sekarang empangan ini masih dalam fasa reka bentuk dan dijangka tendernya akan dibuka pada Disember dan pembinaannya boleh dimulakan tahun depan,” katanya ketika sesi lawatan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, baru-baru ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan projek pembinaan Empangan Sungai Jernih bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di negeri ini.

Menurutnya, projek tersebut telah pun diluluskan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan peruntukan RM300 juta.

Dalam pada itu, mengulas saranan Penyelaras DUN Ayer Limau, Datuk Seri Ruslin Hasan yang mahukan projek itu melibatkan 30 peratus tenaga kerja daripada kalangan penduduk tempatan, Adly berjanji untuk menyampaikan hasrat berkenaan kepada pelaksana projek itu kelak.

“Kita akan sampaikan hasrat tersebut kerana untuk projek membabitkan pembangunan seperti ini, perlunya ada penglibatan daripada penduduk kampung terutama dalam kawasan DUN Ayer Limau.

“Saya rasa melalui perbincangan dengan pihak terlibat nanti, perkara ini boleh diselaraskan,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago