PEMBINAAN EMPANGAN SUNGAI JERNIH ATASI MASALAH BEKALAN AIR

PEMBINAAN EMPANGAN SUNGAI JERNIH ATASI MASALAH BEKALAN AIR

Inisatif terus dilaksanakan..

 

Ketua Menteri, Adly Zahari yakin pembinaan Empangan Sungai Jernih akan berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Menurutnya, buat masa ini empangan tersebut masih dalam proses reka bentuk dan tender pembinaannya akan dibuka pada penghujung tahun ini.

Kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan projek pembinaan Empangan Sungai Jernih bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di negeri ini.

Menurutnya, projek tersebut telah pun diluluskan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dengan peruntukan RM300 juta ringgit.

Dalam pada itu, mengulas saranan Penyelaras DUN Ayer Limau, Datuk Seri Ruslin Hasan yang mahukan projek itu melibatkan 30 peratus tenaga kerja daripada kalangan penduduk tempatan, Adly berjanji untuk menyampaikan hasrat berkenaan kepada pelaksana projek itu kelak.

 

CATEGORIES